Awal Ramadhan – Ziarah ke HTAA

 

1 September 2008 adalah juga 1 Ramadhan 1429H. Hari pertama Ramadhan, kita biasanya meraikan kehadiran Ramadhan dengan gembira kerana mendapat peluang meraih gandaan pahala dalam bulan yang penuh barakah…namun di sana ada golongan yang diuji Allah samada mendapat kesakitan atau saudara yang dikasihi terlantar perlukan sokongan setia di sisi.

100_11361

Wanita JIM Pahang bersama Wanita JIM Kuantan telah melakukan ziarah ke wad 7 dan wad kanak-kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.  Lawatan ini bertujuan untuk menyemai rasa keinsafan dan berkongsi rasa kesusahan yang dialami oleh para pesakit.  Turut disumbangkan sedikit juadah berbuka puasa dan sumbangan untuk warga emas. 

100_1144

Kelihatan dalam gambar, Ketua Wanita Negeri, Pn Hjh Siti Aishah Mahamad menyampaikan kata-kata aluan dan memberi sedikit taklimat kepada mereka yang hadir. 

100_1140

Sambutan agak menggalakkan di mana adik-adik Kelab Remaja Islah JIM (KRJ) turut hadir.  Ahli JIM kita dari Paloh Hinai, k. Han pun datang!

 

100_1146

(rombongan Wanita JIM Pahang bergambar beramai-ramai bersama sister yang sangat peramah dan banyak membantu)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: