Menuntut Ilmu Adalah Wajib

Hadith : “Menuntut ilmu adalah wajib (fardhu) ke atas setiap Muslim” – Ibnu Majah

Ilmu merupakan cahaya yang menerangi jalan yang gelap. Ia juga seperti tingkap besar yang membuka mata insan yang walaupun ‘terkurung’ tetapi akalnya luas melepasi sempadan dunianya.  Ilmu adalah kuasa (empowerment) yang mampu menjadikan seseorang itu berani, mampu mencari rezeki, yakin, membantu diri dan orang lain dan pelbagai lagi kuasa yang dianugerahkan kepada yang punya ilmu itu.

Kalimah ” Fardhu” – membawa erti :-

1.  kewajiban yang mesti ditunaikan seperti amalan-amalan fardhu yang lain
2.  pengibadatan *kerana Allah* dan memerlukan sifat amanah, bersih dan ikhlas (jauh dari unsur penipuan, inginkan pujian, plagiat dsb)
3. mendekatkan diri kepada Allah – ilmu yang menambah rasa iman dan cinta kepada Allah adalah yang paling bermanfaat.

halaqah1

Apakah “ruh” atau sifat penyebaran ilmu yang dituntut?

1. Benar
2. Ikhlas – yang belajar dan yang mengajar hendaklah ikhlas
3. Mendekatkan diri kepada Allah
4. bermanfaat kepada manusia dan tidak digunakan untuk kejahatan dan penyeksaan (sihir, tilik nasib, ilmu kewangan digunakan untuk memanipulasi transaksi, peras ugut dsb)

Akhir kata, hayatilah sabda Rasulullah s.a.w :-

“Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah membawa kepada takutkanNya,
dan menuntutnya adalah ibadat,
membincangkannya adalah tasbih,
mengkajinya adalah jihad,
dan mengajarnya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah,
dan memberikan perbelanjaan kepada ahlinya adalah qurbah (mendekatkan diri kepada Allah)…”

Wallahu’alam.

(Rujukan : bahagian 1, Bab ke-2, Hadis-hadis Pilihan – Muhamad Qutb; Pustaka Salam 2001.  Ringkasan disediakan oleh Pn Khatijah Hassan)
(gambar hiasan semata-mata. Sumber : http://penuliscyber.blogspot.com/2008_04_01_archive.html)

Advertisements

Selamat kembali, Ju!

Kami mengalu-alukan kepulangan mantan Ketua Wanita JIM Kuantan, Pn Zuhailah sekeluarga yang sebelum ini telah berhijrah sementara ke Kemaman.  Beliau telah berpindah kembali pada 16 November 2008.

Tentunya banyak pengalaman di Kemaman yang nak dikongsi bersama, ye tak?

Posted in Umum. 1 Comment »