Menuntut Ilmu Adalah Wajib

Hadith : “Menuntut ilmu adalah wajib (fardhu) ke atas setiap Muslim” – Ibnu Majah

Ilmu merupakan cahaya yang menerangi jalan yang gelap. Ia juga seperti tingkap besar yang membuka mata insan yang walaupun ‘terkurung’ tetapi akalnya luas melepasi sempadan dunianya.  Ilmu adalah kuasa (empowerment) yang mampu menjadikan seseorang itu berani, mampu mencari rezeki, yakin, membantu diri dan orang lain dan pelbagai lagi kuasa yang dianugerahkan kepada yang punya ilmu itu.

Kalimah ” Fardhu” – membawa erti :-

1.  kewajiban yang mesti ditunaikan seperti amalan-amalan fardhu yang lain
2.  pengibadatan *kerana Allah* dan memerlukan sifat amanah, bersih dan ikhlas (jauh dari unsur penipuan, inginkan pujian, plagiat dsb)
3. mendekatkan diri kepada Allah – ilmu yang menambah rasa iman dan cinta kepada Allah adalah yang paling bermanfaat.

halaqah1

Apakah “ruh” atau sifat penyebaran ilmu yang dituntut?

1. Benar
2. Ikhlas – yang belajar dan yang mengajar hendaklah ikhlas
3. Mendekatkan diri kepada Allah
4. bermanfaat kepada manusia dan tidak digunakan untuk kejahatan dan penyeksaan (sihir, tilik nasib, ilmu kewangan digunakan untuk memanipulasi transaksi, peras ugut dsb)

Akhir kata, hayatilah sabda Rasulullah s.a.w :-

“Pelajarilah ilmu, sesungguhnya mempelajarinya kerana Allah membawa kepada takutkanNya,
dan menuntutnya adalah ibadat,
membincangkannya adalah tasbih,
mengkajinya adalah jihad,
dan mengajarnya kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah,
dan memberikan perbelanjaan kepada ahlinya adalah qurbah (mendekatkan diri kepada Allah)…”

Wallahu’alam.

(Rujukan : bahagian 1, Bab ke-2, Hadis-hadis Pilihan – Muhamad Qutb; Pustaka Salam 2001.  Ringkasan disediakan oleh Pn Khatijah Hassan)
(gambar hiasan semata-mata. Sumber : http://penuliscyber.blogspot.com/2008_04_01_archive.html)

2 Responses to “Menuntut Ilmu Adalah Wajib”

  1. ibu Says:

    Tahniah atas penulisan ini :Zaman sekarang sangat mudah untuk mencarii Ilmu .tiada alasan kecuali hati mahu .Caranya melalui membaca-kitab al Quran ,buku Hadis/buku -buku ,bahan intenet ,,berbincang dengan kawan ,menulis refleksi pengalaman ,bertafakkur dan lain -lain .

  2. ibu Says:

    There are 4 ways to gain knowledge
    • From the book
    • From the Internet
    • Listen to other people
    • Through practice
    Dizaman serba canggih ini ilmu ada dimana saja .Yang pasti kemahuan siri sendiri .Hendak seribu daya mahu seribu usaha .
    Buku baru yang saya sedang baca ialah “spiritual reading oleh Dr Raghib Assirjani


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: