Palestin Dekat di Hati

Berikut adalah khutbah Jumaat yang disediakan oleh Palestine Centre of Excellence (PACE) Malaysia bagi mengingati Palestin dan peranan kita menentang kezaliman. 

“Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Awal tahun baru hijrah 1430H menyaksikan satu lagi tindakan biadap  rejim zionis Israel.  Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan dan ubat-ubatan kini menghadapi  seranga bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orang awam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah lebih dari 300 orang dan Lebih 1500  orang mengalami kecederaan. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentu ini akan meningkatkan lagi kemusnahan, dan kematian di kalangan penduduk Gaza.

Allah Ta’ala berfirman

وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا (4:

 

4:75 “Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: “”Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!””.”

palestine1

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

 Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam al quran

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (9:71)

 

9:71 “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Isu Palestin bukan isu Arab atau isu rakyat Palestin, tetapi ia adalah isu umat Islam. Malangnya umat Islam yang sudah dihinggapi oleh sejenis virus yang disebarkan oleh penjajah iaitu ideology kebangsaan sempit atau assobiyah, kita tidak lagi melihat umat Islam diluar dari sempadan politik Negara kita sebagai saudara seislam yang wajib di bela dan dipertahankan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim  yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah. Tuntutan ukhuwah di Dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorng itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan. Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:

“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”

Saudara sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Saudara-saudara kita di Gaza dan di Palestin sudah dizalimi dan dianiaya sejak lebih 60 tahun lalu. Bahkan sejak tahun 1948, 5 juta rakyat Palestin terpaksa meneruskan kehidupan di khemah-khemah pelarian baik di luar mahupun di dalam Negara Palestin yang terjajah. Mereka langsung tidak mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan dari Negara-negara Islam baik yang berjiran mahupun dari seluruh dunia Islam. Bahkan penderitaan mereka semakin getir sejak 18 bulan yang lalu apabila Israel dengan penuh biadap menutup sempadan Gaza dan menyekat bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan bekalan air bersih.

Tindakan tidak berperikemanusiaan ini disokong oleh kuasa-kuasa besar Amerika, Kesatuan Eropah dan Rusia. Bahkan Bangsa-bangsa bersatu turut bersekongkol dengan kuasa-kuasa besar merestui tindakan penuh kezaliman yang tidak pernah disaksikan di dalam sejarah tamaddun kemanusiaan iaitu 1.5 juta rakyat Palestin dikepung di dalam penjara terbesar di dunia dan kemudian dibiarkan menderita kebuluran. Keadaan begitu genting sehingga ada di kalangan penduduk Gaza yang terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dan yang paling malang lagi saudara-saudara seagama yang jumlahnya mencecah 1.6 billion orang mengambil sikap acuh tak acuh atau tidak mengambil peduli tentang nasib saudaranya yang berada di ambang kematian. Negara-negara Islam yang merupakan Negara-negara pengeluar minyak yang kaya sanggup membiarkan umat Islam diperlakukan dengan biadap tanpa peri kemanusiaan oleh musuh-musuhnya. Bahkan lebih hina lagi apabila Mesir yang berjiran dengan Gaza tunduk kepada kehendak Isreal dan Amerika dan menutup sempadannya dengan Gaza. Bahkan sehingga saat ini pintu sempadan masih ditutup sehingga rakyat Gaza yang tercedera dalam serangan biadap Israel tidak dapat menyeberang untuk mendapatkan rawatan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

 Di manakah kita hendak letak ayat-ayat al Quran dan hadis Nabi SAW yang menekankan tentang tanggungjawab ukhuwah Islam. Bagaimanakah umat Islam hendak berdiri di hadapan Rabbul Jalil dan memberi alasan di atas kealpaan mereka membantu saudara-saudara mereka di Gaza dan dipuluhan malah ratusan tempat yang lain di mana umat Islam dizalimi, ditindas dan disakiti.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Lebih malang lagi apabila ada Negara-negara Islam bahkan pemimpin-pemimpin Islam yang turut meletakkan kesalahan ke atas rakyat Palestin. Ini adalah perkara yang sangat pelik. Israel yang melakukan serangan besar-besaran sehingga membunuh ratusan rakyat Palestin, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, tiba-tiba kesalahan itu dilonggokkan ke atas bahu rakyat Palestin?

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Jangan terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda pihak musuh. Mereka mengulang-ulang gesaan supaya pejuang palestin menghentikan serangan roket ke atas sasaran Israel. Mereka mendakwa serangan roket inilah yang telah mengundang amarah Israel sehingga mereka melancarkan serangan udara sejak seminggu yang lalu. Hakikatnya rakyat Palestin hanya mempertahankan diri dari pencerobohan tentera Israel yang berlaku acap kali ke atas wilayah Gaza. Pencerobohan ini pula berlaku pada saat gencatan senjata berlangsung di antara kedua belah pihak. Apakah pilihan yang ada pada rakyat Palestin ketika mereka dikepung dan dinafikan hak untuk hidup, kemudian dinafikan pula hak untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Geneva memperakui tindakan mana-mana Negara atau bangsa yang dijajah untuk mempertahankan hak, diri dan tanah air mereka dari segala bentuk penjajahan asing.

Dunia tidak boleh diperdaya oleh regim zionis dengan siri-siri penipuan mereka. Kemampuan pejuang Palestin dan Hamas untuk bertindak balas ke atas kebiadapan Israel sangat terbatas. Bagaimana mungkin Palestin yang hanya memiliki roket buatan sendiri yang tidak pernah tepat mengenai sasaran boleh menjadi ancaman kepada Israel yang merupakan kuasa tentera yang terbesar di dunia. Dengan sokongan Amerika, Israel memiliki semua peralatan dan senjata tercanggih termasuklah kereta kebal Merkeva, helicopter Apachee dan Jet pejuang F16, F17 dan F18 yang dibekalkan oleh Amerika Syarkiat. Hakikatnya tindakan serangan roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin sejak sepuluh tahun yang lalu hanya membunuh sekitar 20 orang rakyat Israel, dan itupun dalam rangka untuk mempertahankan diri setiap kali tentera Israel menggempur rakyat Palestin. Bilangan rakyat Palestin yang terbunuh akibat serangan Isreal sudah mencecah ribuan jiwa. Ini tidak termasuk puluhan ribu yang tercedera dan 10,000 termasuk 300 orang wanita yang diseksa dalam penjara Israel. Dan hari ini dalam satu serangan sahaja Israel membunuh 300 orang sekelip mata. Di manakah ‘sense of proportion’ atau kemampuan menimbang masyarakat antarabangsa di antara kejahatan Israel dengan kemampuan rakyat Palestin untuk mempertahankan diri mereka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Atas rasa tanggungjawab dan prihatin yang amat mendalam terhadap kezaliman yang sedang berlaku ke atas umat Islam, kita mengsyorkan beberapa tindakan praktikal yang boleh dilakukan oleh umat Islam.

Pertama, kita menyeru umat Islam supaya bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh agar Allah mengeluarkan kita dari keadaan yang lemah ini dan mengampuni kealpaan selama ini. Seterusnya kita memohon kepada Allah agar memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam supaya bangkit dari kelemahan ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Seterusnya secara khusus kita memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan ke atas umat Islam di Palestin ke atas musuh-musuh zionis yahudi.

Kedua, kita mengsyorkan agar setiap kariah dan kawasan mngadakan solat hajat perdana  memohon kepada Allah agar saudara-saudara kita di Palestin diselamatkan dari kejahatan musuh-musuh zionis dan memenangkan mereka dengan ‘karamah’ dari Allah SWT. Kita yakin golongan yang dizalimi dan teraniaya pasti didengari doa mereka dan akan mendapat pertolongan Allah SWT.

Ketiga kita mengsyorkan agar umat Islam tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada suadara-saudaranya di Palestin. Ini bersesuaian dengan anjuran Allah SWT agar umat Islam berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka. Firman Allah SWT dari surah as Saff

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)

 

“Wahai orang yang beriman. Sukakah kamu diberitahu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari seksa api neraka iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

 

Akhirnya kita ingin mengingatkan umat Islam bahawa kezaliman dan penganiayaan itu menimpa bumi yang diberkati, bumi para Nabi, bumi Isra’ dan mikraj dan bumi di mana terletak masjid al Aqsa yang dimuliakan Allah SWT di samping masjid al Haram dan masjid a-Nabawi.

 

Kita juga ingin merakamkan rasa sedih seluruh umat Islam yang amat mendalam ke atas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin d Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma’al Hijrah (tahun baru Hijrah 1430H dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahun baru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu kita menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menggesa supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera.”

Disediakan oleh

Dr Hafidzi Mohd Noor

Palestine Centre of Excellence

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: