Kes Kematian A. Kugan Dalam Tahanan Polis Mesti Disiasat Tanpa Selindung

KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
 
29 Januari 2009
 
 
Kes Kematian A. Kugan Dalam Tahanan Polis Mesti Disiasat Tanpa Selindung
 
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melahirkan rasa kesal dengan insiden seorang suspek bernama A. Kugan yang telah meninggal dunia semasa berada dalam tahanan polis pada 20 Januari 2009. Peguam Negara telah mengklasifikasikannya sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan mungkin setelah mengambilkira kesan luka yang serius kepada badan mayat A Kugan yang didedahkan oleh keluarga mangsa.
 
JIM memandang serius insiden tersebut kerana ini bukanlah kali pertama tahanan yang ditahan dalam lokap polis di dapati mati ketika dalam tahanan. Sekiranya benar apa yang didakwa iaitu pihak polis sendiri telah bertindak menyeksa tahanan sehingga menyebabkan kematian tahanan, maka JIM melihat ini sebagai satu pelanggaran besar terhadap kepercayaan rakyat kepada institusi keselamatan negara, Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Ia juga merupakan satu tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan walaupun terhadap individu yang disyaki sebagai penjenayah.
 
JIM menyanjung tinggi usaha dan peranan pihak polis dalam membanteras jenayah namun pelaksanaan penguatkuasaan undang-undang mestilah berpandukan kepada prinsip kedaulatan undang-undang atau rule of law dan keadilan. Selain daripada itu, pihak polis mestilah akur dengan prinsip hak asasi manusia sejagat mahupun apa yang digariskan dalam prinsip hak asasi manusia dalam Islam yang mengiktiraf bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah (innocent until proven guilty).
 
JIM mengetahui bahawa kes seksaan secara fizikal dan mental serta kes kematian ketika dalam jagaan polis telah banyak dilaporkan sebelum ini samada ketika direman atau ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Namun kes-kes tersebut samada tiada tindakan lanjutan, siasatan masih berterusan atau masih dalam sesi perbicaraan mahkamah. Dewan Rakyat pada tahun 2008 telah dimaklumkan seramai 1,535 orang mati semasa dalam tahanan polis dalam tempoh antara 2003 hingga 2007. Pada masa yang sama, dua Suruhanjaya Diraja berhubung perkara ini telah ditubuhkan sebelum ini dengan pelbagai saranan namun keberkesanan saranannya masih dipersoalkan ramai khususnya berkenaan dengan kegagalan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (Independent Polis Complaints and Misconduct Commission – IPCMC).
 
JIM menegaskan bahawa dalam konteks masyarakat berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia, insiden seperti ini tidak seharusnya berlaku ke atas mana-mana individu,  bangsa atau agama sekalipun. Oleh yang demikian, JIM tidak melihat ini sebagai isu perkauman dan menyarankan semua pihak untuk berpendirian sama kerana prinsip keadilan merentasi sempadan bangsa, kaum dan agama.
 
Sehubungan itu, JIM sebagai sebuah badan bukan kerajaan Islam yang amat prihatin dalam isu keadilan dan urustadbir yang baik menyarankan kepada Kerajaan untuk:-
 
1.      Mengambil langkah serius mengarahkan dan memastikan siasatan yang menyeluruh, adil dan telus dilakukan berikutan kematian A. Kugan dalam tahanan polis dengan kadar segera tanpa melindungi atau menyembunyikan mana-mana fakta dan pihak, demi menegakkan keadilan. Adalah sewajarnya siasatan tersebut dilakukan oleh sebuah Suruhanjaya Bebas DiRaja yang ditubuhkan oleh Kerajaan.
 
2.      Menyemak dan meneliti saranan yang telah dibuat oleh dua Suruhanjaya Diraja sebelum ini serta melaksanakan saranan-saranan mereka.
 
JIM bersimpati dengan keluarga A Kugan dan seterusnya  menyeru semua pihak untuk bertenang dan bertindak mengikut lunas undang-undang. Keadilan bukan sahaja terlaksana tetapi mesti dilihat dilaksanakan. 
 
 
Hj Zaid Kamaruddin
Presiden

Advertisements

Hari Solidariti Peringkat Negeri Pahang

jan23-028

Alhamdulillah, Hari Solidariti Palestin Peringkat Negeri Pahang telah berjaya diadakan semalam 23/1 mulai 9.00 hingga 12.15 malam. Program ini anjuran Sekrateriat Solidariti Palestin Pahang yang dianggotai  Badan Dakwah Islamiah Pahang (Nadwah), JIM, ABIM, ISMA, HALUAN, Majlis Belia, Yayasan Amal, Saba Islamic Media, dan Majlis Tindakan Rakyat Pahang. Nadwah bertindak sebagai pengerusi manakala JIM Pahang sebagai Timbalan Pengerusi. Aktiviti berlangsung di sekitar masjid negeri dan di Dewan JAIP.

Program ini diisi dengan pameran serta jualan, khutbah jumaat, solat hajat, kuliah maghrib, nasyid, pidato, dan pentomen — semuanya berkaitan Palestin. Personaliti yang dijemput khas terdiri daripada Dr Zainul Rashid, Nazrey Johani, dan Hj Azmi Abdul Hamid. Sebelum pidato kemuncak oleh Hj Azmi, tiga pemidato khas dijemput iaitu wakil kaum India, Tionghua, dan pelajar. Ucapan wakil kaum India dan Cina yang menunjukkan kebencian terhadap Zionis dan simpati terhadap orang Palestin sangat menarik perhatian. Pemidato pelajar adalah pelajar UIAM Kuantan. Pentomen pula dipersembahkan oleh para pelajar Sekolah Menengah Al-Irsyad, Kuantan.

Tidak syak lagi semua pidato dan persembahan berjaya memberikan kesedaran, maklumat dan menaikkan semangat para hadirin.

Program mendapat sambutan hangat orang ramai sehingga Dewan JAIP penuh sesak.

jan23-026

Semoga segala usaha yang kecil ini mendapat keberkatan Allah sw.t. dan menyumbang meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Hj Samsudin Abdullah
YDP JIM Pahang

p/s : Jzkkk kepada adik2 KARISMA Pahang yang sentiasa membantu di gerai pameran & jualan!

Iltizam

Seseorang Muslim yang ingin berjaya haruslah mempunyai kekuatan Iltizam.  Apa itu iltizam? Antara makna lain bagi iltizam ialah berpegang teguh terhadap prinsip yang dipegang, bersungguh-sungguh atau perkataan inggeris yang telah dimelayukan iaitu komited.  Banyak pepatah melayu tentang iltizam, guna menyemarakkan sifat iltizam ini.  Antaranya :-

“Genggam bara api, biar sampai jadi arang”
“Biar terbakar di tangan, jangan terbakar di hati”
Biar mati bergalang tanah, tidak hidup bercermin bangkai”

Penghuraian iltizam dalam kehidupan manusia mu’min yang ingin menjadikan hidupnya bermanfaat kepada diri dan juga orang lain merangkumi sekurang-kurangnya 3 aspek :-

1.  Beriltizam dengan Ibadah

Syarat orang Islam yang taat hendaklah dia beriltizam dengan ibadah yang sudah menjadi wajib baginya iaitu solat, puasa dan juga rukun yang lainnya.  Bukan setakat itu, malah ini hendaklah dia dilakukan dengan sebaik-baiknya, sebagai contoh – solatlah di awal waktu dan sebaik-baiknya secara berjamaah. 

Bagi mereka yang telah menggabungkan diri dengan harakah Islamiah, maka beriltizamlah dengan tuntutan ibadah yang ditetapkan di dalam usrah seperti bacaan al-Quran, qiamullail dan puasa-puasa sunat…mengikut marhalah dan kemampuan.  Jika kita cuai dalam hal ini, maka sampai bila pun kita akan berada di takuk lama, atau ditakuti terjerumus  menjadi manusia yang lalai…Ternyata, seminima iltizam kita adalah kewajipan-kewajipan khusus, dan semaksimanya tidak terbatas dan nikmatnya adalah kehidupan yang terpuji, meraih redha Ilahi!

2. Beriltizam dengan Amanah

Amanah pertama yang perlu dijaga ialah amanah terhadap diri. Amanah untuk menjaga diri dan keluarga kita agar tidak terjatuh ke dalam api neraka akibat kelalaian atau kejahilan.  Kita beramanah untuk mengabdikan hidup kita untuk Allah s.w.t.  Kita beramanah untuk memastikan setiap apa yang kita lakukan adalah bertepatan dengan syarak. Apa yang kita makan, apa yang kita katakan, apa yang kita tengok, ke mana kita pergi, dan lain-lain lagi…jauhilah perkara-perkara haram yang mengundang kemurkaan Allah.  Tiada siapa yang kita boleh harapkan untuk melindungi diri kita dari api neraka selain dari diri kita sendiri…!

Kita juga dituntut beriltizam dengan amanah sesama manusia.  Tuntutan berlaku adil dalam layanan dan urusan kehidupan dan tidak ‘memilih bulu’ apalagi khianat.  Banyak contoh perlakuan manusia yang amanah dan tidak amanah.  Contoh mudah amanah yang kadang kala sukar juga dilakukan ialah memulangkan barangan yang dipinjam seperti buku, duit dan sebagainya.  Malah, membayar semula pinjaman / hutang kepada institusi kewangan malah kepada saudara mara juga termasuk dalam bersikap amanah. 

Antara contoh keji manusia yang mengkhianati amanah adalah penyalahgunaan derma masyarakat kepada mangsa-mangsa yang mengalami musibah.  Tanpa rasa amanah dan takut kepada Allah yang Maha Melihat, manusia menjadi tamak hingga sanggup menggendutkan perut sendiri dengan wang yang diamanahkan, di kala yang lebih memerlukan dibiar begitu sahaja atau diberi sedikit sahaja dari jumlah derma.  Manusia yang tidak amanah mengambil keuntungan atas penderitaan orang lain.  Akibat dari sifat tidak amanah termasuklah penganiayaan, pembaziran, berleluasanya rasuah dan penindasan yang ditegah Islam.

3. Beriltizam dengan Disiplin

Dalam kita berjamaah / berorganisasi, ketaatan adalah dituntut selagi mana arahan tidak bercanggah dengan Allah dan RasulNya.  Jika tiada ketaatan, tiada gunanya syura, lemahlah kepimpinan dan hilanglah perancangan yang cantik di kertas tetapi hasilnya tiada.  Zero.  Rapatkanlah saf,  buangkan prasangka dan melangkah dengan penuh yakin dan  teratur.  Dalam kerja da’wah, kita perlu lebih serius.  Janganlah kita bersikap sambil lewa samada dalam hal aktivisme mahupun soal tarbiyyah.  Membina masyarakat menghayati Islam menuntut gerak kerja yang kemas serta pengorbanan yang besar dari pendukung-pendukung risalahNya.

Bloggers’ Club WJIM Pahang

Bloggers Club WJIM Pahang telah mengadakan perjumpaan pertama untuk bersilaturrahim di samping mengaktifkan akaun masing-masing.  Dari membuka akaun e-mail baru (gmail menggantikan yahoo) hinggalah mem-publish artikel baru ke dalam blog ini untuk tatapan para pembaca.  Semuanya berjalan dalam suasana ceria dan dijamu makanan hasil potluck  (walau tak diminta bawak pun 🙂  )….penuh meja…!

blog-019

sengaja sesi pertama ini tidak dibuat di computer lab agar lebih relaks dan santai gitu…

asyura-020

asyura-021

tekunnya, asmas!

tazkirah-utk diri yg selalu lupa

How can you remeber Allah troughout the normal course of your day without withdrawing from the routline of  your daily wordly life?

1-Say to yourself: I am in Allah’s presence; He is watching me.

2-Say to yourself. Everything I has been given to me by Allah.

3-Say to yourself: Nothing in this world can happen without His permission.

4-Say to yourself: I am going to return to Allah one day and

Posted in Uncategorized. Leave a Comment »

PALESTIN : TINGKATKAN KEPEDULIAN KITA!

Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tidak mahu mendengar sebentar laporan berita berkenaannya kerana sukar menahan rasa sakitnya.

Persoalannya, apa yang kita boleh bantu, yang benar-benar dikira membantu?  Mampukah kita hanya melihat peristiwa ‘live’ berlaku di depan mata kita tanpa sebarang tindakan?

Nabi saw. bersabda dalam hadis yang popular :

Ertinya : Sesiapa yang melihat kemukaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lisannya, barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci).

USAHA KITA : PILIHLAH

      Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.

      1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

      2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantuan kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau  -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam

      3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.

 

 

Cemerlang dengan bersyukur (petikan dari buku ‘tip-tip cemerlang oleh Dr.Danial Zainal Abidin)

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memaklumkan,’Jika kamu bersyukur pasti Kami akan tambahkan nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Allah) maka sesungguhnya azabku sangat pedih.’

                                                                                                   Surah Ibrahin : 07

Ayat di atas menunjukkan, orang yang kaya dengan syukur adalah orang yang beruntung kerana kesyukurannya menyebabkan nikmatnya ditambah oleh Tuhan.Justeru,apabila Omar bertanya kepada nabi,”Harta apakah yang perlu kita ambil?” Nabi menjawab, “hendaklah kamu mengambil lidah yang berzikir dan hati yang bersyukur.” Hadis ini bertaraf hasan,dilaporkan oleh Imam Ahmad dan Tirmizi.

Posted in Uncategorized. Leave a Comment »