Hari Keluarga JIM Kuantan

Ahli-ahli JIM Kuantan berkumpul lagi bersama keluarga masing-masing di Taman Bandar pada 1 Jan 2009.  Alhamdulillah, cuaca yang baik pada hari ini setelah beberapa hari hujan turun tanpa henti memungkinkan aktiviti yang telah lama dirancang berlangsung dengan baik.  Objektif utama program ini adalah mempertaut ukhuwwah sesama ahli dan keluarga sambil beriadhah.

Program dimulakan dengan berjoging mengelilingi tasik sebelum sarapan secara potluck.  Acara berikutnya adalah taaruf & bermain bola sepak bersama-sama anak-anak. Akh Azzam membimbing permainan bola sepak dengan anak-anak lelaki. Ahli-ahli Wanita bermain games acara silangkata dan scrabble gergasi yang berasaskan perkataan Tarbiyyah Rabbaniyah yang disediakan oleh Pn Sabrina.  Nampaknya pasukan IM6 memenangi kedua-dua acara tersebut. 

Anak-anak Tunas Islah bermain 6 acara sukaneka dibimbing adik-adik fasi iaitu Mimi, Amirah dan rakan-rakan.  Games disediakan oleh Pn Khatijah & Che Na. Ada 2 acara suami isteri dikelola oleh Pn Marzita dan suaminya, En Muhaza.  Sedikit Tazkirah juga telah diberi oleh Timbalan YDP JIM Negeri, Dr Fauzi untuk para peserta.

2009jan_034

Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh YDP JIM Negeri, Tn Hj Shamsuddin dan Ketua Wanita Negeri, Pn Hjh Siti Aishah Mahamad.  Tahniah kepada pasangan suami isteri yang menang iaitu Dr Fauzi & isteri (acara Kenali Pasangan) dan pengantin baru, Khubaib dan Nik Aishah (acara Cari Kasut). Mesti best dapat hadiah barangan HPA termasuk kopi Radix yang terkenal tu. :)

Tahniah juga diucapkan kepada 10 anak-anak dari Kumpulan A yang muncul sebagai Johan dan juga Kumpulan B yang menjadi Naib Johan.  Nampaknya untuk acara yang dijalankan, semua yang ambil bahagian memang bawa pulang hadiah. 

2009jan_035 

Di samping kita bergembira, janganlah kita lupa akan saudara-saudara kita yang dizalimi di Gaza. 
Terima kasih & jzkkk kepada semua yang membantu menjayakan program hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: