Hari Solidariti Peringkat Negeri Pahang

jan23-028

Alhamdulillah, Hari Solidariti Palestin Peringkat Negeri Pahang telah berjaya diadakan semalam 23/1 mulai 9.00 hingga 12.15 malam. Program ini anjuran Sekrateriat Solidariti Palestin Pahang yang dianggotai  Badan Dakwah Islamiah Pahang (Nadwah), JIM, ABIM, ISMA, HALUAN, Majlis Belia, Yayasan Amal, Saba Islamic Media, dan Majlis Tindakan Rakyat Pahang. Nadwah bertindak sebagai pengerusi manakala JIM Pahang sebagai Timbalan Pengerusi. Aktiviti berlangsung di sekitar masjid negeri dan di Dewan JAIP.

Program ini diisi dengan pameran serta jualan, khutbah jumaat, solat hajat, kuliah maghrib, nasyid, pidato, dan pentomen — semuanya berkaitan Palestin. Personaliti yang dijemput khas terdiri daripada Dr Zainul Rashid, Nazrey Johani, dan Hj Azmi Abdul Hamid. Sebelum pidato kemuncak oleh Hj Azmi, tiga pemidato khas dijemput iaitu wakil kaum India, Tionghua, dan pelajar. Ucapan wakil kaum India dan Cina yang menunjukkan kebencian terhadap Zionis dan simpati terhadap orang Palestin sangat menarik perhatian. Pemidato pelajar adalah pelajar UIAM Kuantan. Pentomen pula dipersembahkan oleh para pelajar Sekolah Menengah Al-Irsyad, Kuantan.

Tidak syak lagi semua pidato dan persembahan berjaya memberikan kesedaran, maklumat dan menaikkan semangat para hadirin.

Program mendapat sambutan hangat orang ramai sehingga Dewan JAIP penuh sesak.

jan23-026

Semoga segala usaha yang kecil ini mendapat keberkatan Allah sw.t. dan menyumbang meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Hj Samsudin Abdullah
YDP JIM Pahang

p/s : Jzkkk kepada adik2 KARISMA Pahang yang sentiasa membantu di gerai pameran & jualan!

One Response to “Hari Solidariti Peringkat Negeri Pahang”

  1. ibu Says:

    Alhamdulillah , tahniah Dan Jazakumullahu khair kepada ikhwah akhawat wjim dan Karisma yang memberi komitmen yang sangat ana kagumi .Sambutan yang amat baik daripada pengujung dapat memotivasikan kita dijalan memupuk kesedaran Palestin dan Islam.Untuk seterusnya elok kita ambil peluang sebar risalah tentang ABJZ ,Aurat dan JIM .Bahan dah ada kena perbanyakkan saja.
    Rasulullah bersabda ” kataklah aku beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah” ( HR Muslim )


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: