nota untuk diri

Manusia sering alpa dan leka. Di kala kita berada di dalam cahaya yang terang kita tidak menyedari betapa berharganya cahaya itu sehinggalah kita didatangi kegelapan.

Kita sering lupa betapa nikmatnya sihat sehinggalah kita didatangi sakit. Di kala kita menderita kesakitan barulah kita sedar betapa ruginya kita lantaran tidak menghargai kesihatan yang dikurniakan Allah pada kita.

Semasa usia muda kita sering leka dengan keseronokan.Semua perkara hendak dicuba tanpa mengambil kira sama ada ia berfaedah ataupun tidak.Kita sering membiarkan diri kita hanyut dalam suasana yang ada dan sering terpengaruh dengan ungkapan muda hanya sekali.Tidak pula kita  ingat bahawa disebabkan muda hanya sekali itulah maka kita perlu menggunakannya dengan sebaik-baiknya agar kita tidak menyesal di kemudian hari.

Benarlah kata-kata nabi s.a.w : rebutlah lima perkara sebelum lima perkara iaitu lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.

Advertisements
Posted in Uncategorized. Leave a Comment »

Lawatan Tunas Islah ke Perpustakaan Desa

mix-0071

Seronoknya program kali ini! Anak-anak Tunas Islah melawat perpustakaan desa di Surau al-Muhajirin, IM 5. Banyak buku-buku di situ. Ramailah anak-anak Tunas Islah dah mendaftar jadi ahli Perpustakaan. Kakak-kakak pustakawan, K. Jun dan K. Faridah telah memberikan sedikit sebanyak penerangan tentang Perpustakaan yang comel ini dan peri pentingnya minat membaca dalam kehidupan kita.  Juga diadakan pertandingan mewarna – terbahagi kepada pelajar tahap 1 dan 2.  

mix-010

Semua anak-anak Tunas Islah dapat hadiah dalam pertandingan mewarna kali ini!

 mix-0171

mix-0291

mix-032

Semoga lawatan kali ini menambah minat anak-anak untuk membaca dan menambah pengetahuan melalui buku-buku samada buku-buku fakta atau fiksyen serta pelbagai bahan bacaan yang terdapat di sekeliling kita.  Pastikan anak-anak tidak membuang masa dengan bermain ‘games’ atau menonton televisyen semata-mata.  Apakata ajak ibu bapa ke perpustakaan ini? Isilah masa kita yang berharga dengan membaca. 😉

berceritalah

Di dalam Al Quran banyak kisah-kisah yang diceritakan oleh Allah untuk dijadikan pengajaran oleh umatnya.Pendekatan melalui cerita ini sebenarnya banyak memberi pengajaran dan iktibar buat diri kita umatnya.Ini dinyatakan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud : …Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir .( Al A’raf :176 )
Antaranya kisah perjuangan nabi Ibrahim a.s.Terdapat 62 ayat Al Qur’an yang menceritakan kisah nabi Ibrahim a.s yang dapat dijadikan contoh bagi umat manusia. Antaranya Kisah bagaimana Nabi Allah Ibrahim meniggalkan anaknya Ismail dan isterinya Hajar di padang pasir yang gersang.Ini semata-mata dilakukan kerana mematuhi perintah Allah swt.Kalau difikirkan secara logiknya mana mungkin seorang yang siuman dan bertanggungjawab akan meninggalkan anak dan isteri dalam situasi begitu.Walau bagaimanapun ini dilakukan semata-mata kerana mentaati perintah Allah dan baginda dengan penuh yakin bahawa Allah pastinya tidak akan mensia-siakan anak dan isterinya.

Pengajaran yang boleh diambil dari peristiwa ini

1.  Bekalan terbaik yang ditinggalkan kepada anak dan isteri ialah ketaatan kepada Allah dan rasul.

2. Isteri wajib mentaati suami selagi suami mentaati Allah dan rasul.

3. Allah tidak akan mensia-siakan hambanya yang taat.

Posted in Uncategorized. Leave a Comment »

Anda Bijak Jauhi Zina & Aku Ori Bukan Fotokopi

mac-036

Alhamdulillah, JIM Pahang telah menganjurkan program ABJZ dan AOBF di Bilik Seminar, Masjid Negeri pada 7 Mac 2009 sempena Bulan Dakwah di bawah naungan JAIP, Masjid Negeri dan Sekretariat Dakwah Negeri Pahang.

Kehadiran pelajar-pelajar MRSM Kuantan, SBP Integrasi Kuantan dan beberapa pelajar lain telah memeriahkan program ini.  Penerangan serius oleh Pn Hjh Yong Rafidah, Ketua Wanita JIM Terengganu pada sebelah pagi tentang akibat zina, pergaulan bebas dan pelbagai masalah hasil dari budaya hiburan membuka mata ramai peserta.  Gambar-gambar penyakit kelamin dan bayi yang ditinggalkan dalam keadaan yang menyedihkan telah ditayangkan ditambah dengan fakta-fakta gejala sosial masa kini yang semakin meruncing.

Di sebelah petang, slot Aku Ori Bukan Fotokopi telah didatangkan khas dari Kuala Lumpur, di mana Setiausaha Kehormat Wanita JIM Pusat, Cik Roha Hassan telah hadir memberi perkongsian yang bersahaja tetapi berkesan.  Cik Roha yang membahasakan diri beliau, Kak Roha juga penulis buku bertajuk ‘Aku Ori Bukan Fotokopi’, ‘Sentuhan Papa, Belaian Mama’, ‘Dunia Tanpa Suami’ dan yang terbaru ialah  ‘Ibu Madrasah Pertamaku’ serta ‘Cinta Yang tidak Pernah Ku Milikki’.. Tak sabarnya nak beli buku-buku k. Roha yang terkini.

Sessi petang dimulakan dengan ‘ice-breaking’, perbincangan dalam kumpulan, pembentangan, tayangan video dan juga kupasan makna “Aku Ori”.  “Ori” bermaksud asli, mengetahui tujuan kehidupan di dunia adalah untuk kesenangan di rumah akhirat, dan pelbagai makna “Ori” yang sebenar.  “Ori” juga bermaksud ‘jati diri berdasarkan ilmu dan hakikat kejadian makhluk Allah s.w.t, dan bukan ikut-ikutan atau bebas mengikut nafsu.  Ada banyak maksud “Ori” yang telah dikupas yang pastinya menyuntik motivasi yang kuat kepada para peserta untuk berjaya dalam kehidupan masing-masing.