Anda Bijak Jauhi Zina & Aku Ori Bukan Fotokopi

mac-036

Alhamdulillah, JIM Pahang telah menganjurkan program ABJZ dan AOBF di Bilik Seminar, Masjid Negeri pada 7 Mac 2009 sempena Bulan Dakwah di bawah naungan JAIP, Masjid Negeri dan Sekretariat Dakwah Negeri Pahang.

Kehadiran pelajar-pelajar MRSM Kuantan, SBP Integrasi Kuantan dan beberapa pelajar lain telah memeriahkan program ini.  Penerangan serius oleh Pn Hjh Yong Rafidah, Ketua Wanita JIM Terengganu pada sebelah pagi tentang akibat zina, pergaulan bebas dan pelbagai masalah hasil dari budaya hiburan membuka mata ramai peserta.  Gambar-gambar penyakit kelamin dan bayi yang ditinggalkan dalam keadaan yang menyedihkan telah ditayangkan ditambah dengan fakta-fakta gejala sosial masa kini yang semakin meruncing.

Di sebelah petang, slot Aku Ori Bukan Fotokopi telah didatangkan khas dari Kuala Lumpur, di mana Setiausaha Kehormat Wanita JIM Pusat, Cik Roha Hassan telah hadir memberi perkongsian yang bersahaja tetapi berkesan.  Cik Roha yang membahasakan diri beliau, Kak Roha juga penulis buku bertajuk ‘Aku Ori Bukan Fotokopi’, ‘Sentuhan Papa, Belaian Mama’, ‘Dunia Tanpa Suami’ dan yang terbaru ialah  ‘Ibu Madrasah Pertamaku’ serta ‘Cinta Yang tidak Pernah Ku Milikki’.. Tak sabarnya nak beli buku-buku k. Roha yang terkini.

Sessi petang dimulakan dengan ‘ice-breaking’, perbincangan dalam kumpulan, pembentangan, tayangan video dan juga kupasan makna “Aku Ori”.  “Ori” bermaksud asli, mengetahui tujuan kehidupan di dunia adalah untuk kesenangan di rumah akhirat, dan pelbagai makna “Ori” yang sebenar.  “Ori” juga bermaksud ‘jati diri berdasarkan ilmu dan hakikat kejadian makhluk Allah s.w.t, dan bukan ikut-ikutan atau bebas mengikut nafsu.  Ada banyak maksud “Ori” yang telah dikupas yang pastinya menyuntik motivasi yang kuat kepada para peserta untuk berjaya dalam kehidupan masing-masing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: