Berbudi Pada Tanah

Tunas Islah bertemu lagi!

Pada pagi Ahad, 26/4/2009, satu program Tunas Islah diadakan di Tadika Amal Sg Isap Damai.  Kali ini, anak-anak Tunas Islah datang program siap dengan pasu bunga, sudip, anak pokok / biji benih.  ada yang bawa cangkul dan tanah! 

mix-062

Mak cik Fatin memberi sedikit tazkirah tentang kebaikan bercucuk tanam – bukan sahaja kita mendapat hasil dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita tanam, malah kita juga mendapat persekitaran yang cantik, tubuh badan yang sihat serta udara yang segar setiap hari melalui oksigen yang dikeluarkan oleh fauna ciptaan Allah s.w.t. ini.

mix-063

Pesan Nabi Muhammad s.a.w dalam sepotong hadith yang maksudnya : jika kita mempunyai benih di tangan sedang tanda / bunyi kiamat tiba, maka kita harus menanam benih itu…! Bukankah ini bermakna ar-Rasul memandang mulia perbuatan menanam tanaman  hingga ke saat genting juga disarankan berbuat demikian?

mix-065

memang best program kali ini…walaupun sekejap, tapi terasa penatnya!
Terima kasih kepada Mak Cik Ju yang menjadi sifu menanam pokok.  Masing-masing cemburu mendengar Mak Cik Ju tanam sawi, jagung, kacang panjang, bendi dan macam-macam lagi di rumahnya! Untung ya Hakim, Hanif, Syifa dan Huda🙂

Terima kasih juga kepada Mak Cik Jah, Mak Cik Na dan Mak Cik Fatin yang berada tepat jam 9.00 pagi, menjadi tulang belakang program hinggalah ke penghujungnya.  Sedap mee hoon K. Jah!! Juga kepada tuan punya tadika, Mak Cik Saadiah yang sempat singgah walaupun dalam kesibukan beliau! Terima kasih pada Mak Cik Sam, banyak bawa makanan untuk kita!

Kepada anak-anak semua, insya Allah – kita jumpa lagi dalam program akan datang!
Jangan lupa siram dan baja pokok anak-anak tu ya?🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: