Ketua Wanita JIM Pahang Tokoh Guru JIM 2009

mgi1

Dalam pertemuan Bicara Perdana Majlis Guru Islah (MGI) di Ipoh, Perak pada 24 Mei 2009, Ketua Wanita JIM Pahang, Pn Hjh Siti Aishah Mahamad telah dianugerahkan Tokoh Guru JIM 2009.  Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Agung JIM Pusat, Tn Hj Nahar bin Mohd Nor. 

Pn Hjh Siti Aishah adalah guru yang telah banyak memberikan jasa dan sumbangan melalui perkhidmatan cemerlang beliau samada di sekolah mahupun sebagai pemimpin JIM Pahang di peringkat negeri .  Beliau adalah Pengetua SMK Sg Isap, Kuantan, yang lebih mesra dipanggil sebagai ‘ibu’ di sekolah merupakan seorang yang sangat peka dan mengambil berat soal pendidikan akhlak remaja.  Pernah muncul dalam wawancara IKIM sempena pelancaran Kempen ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ peringkat Negeri Pahang. Beliau juga menulis dalam ruangan Risalah Pemimpin dan buku kompilasi terbaru Wanita JIM, ‘Ibu, Madrasah Pertamaku’.

Ahli-ahli JIM mengenali beliau sebagai seorang yang mudah didampingi, berjiwa besar dan pendengar yang baik.  Tahniah & syabas diucapkan kepada K. Aishah.  Semoga ianya menjadi contoh kepada semua ahli JIM yang lain, di mana kecemerlangannya bukan sahaja sebagai seorang guru, malah mampu merealisasikan usaha dakwah dan tarbiyyah di peringkat sekolah. Pastinya, ini akan menjadi kenangan manis bagi beliau sempena persaraan dari kerja rasmi pada tahun ini.  Mengenali K. Aishah, istilah ‘pencen’ tiada dalam kamus hidupnya…malah mungkin lebih banyak masa dan peluang akan terbuka bagi beliau selepas ini, insya Allah.

Semoga Allah merahmati semua usaha yang dilakukan oleh para guru kita.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: