HIMPUNAN MANSUHKAN ISA : PENAHANAN WANITA DAN KANAK-KANAK

PENDIRIAN TERHADAP PENAHANAN WANITA DAN KANAK-KANAK DALAM HIMPUNAN MANSUHKAN ISA 1 OGOS 2009.

Wanita JIM membantah keras tindakan pihak keselamatan menahan puluhan wanita dan kanak-kanak dalam Himpunan Mansuhkan ISA yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 1 Ogos yang lalu.

Wanita JIM menganggap penahanan tersebut adalah satu tindakan yang amat tidak wajar memandangkan kelompok wanita dan kanak-kanak ini bukanlah kelompok yang bertindak ganas dan merusuh atau menimbulkan kacau bilau. Malahan kelompok wanita dan kanak-kanak adalah merupakan golongan yang sepatutnya dilindungi dan dijaga kebajikan mereka dalam sebarang suasana terutamanya dalam situasi yang tegang.

Harus diingat, golongan wanita dan kanak-kanak yang ditahan baru-baru ini adalah merupakan sekelompok rakyat biasa yang ingin menggunakan hak mereka yang dijamin olehperlembagaan Malaysia, untuk berhimpun secara AMAN bagi menyuarakan keprihatinan dan sokongan mereka terhadap usaha memansuhkan akta kejam ISA.

Wanita JIM mendesak agar pihak berwajib menghentikan segala taktik kotor dan menakut-nakutkan (harassment) melalui penahanan golongan wanita dan kanak-kanak  secara rambang sepertimana yang berlaku pada Sabtu lepas.

Wanita JIM juga menggesa pihak kerajaan memansuhkan segera akta kejam ISA yang memberi kesan amat negatif kepada keluarga tahanan ISA terutamanya para isteri dan anak-anak yang masih bergantung kepada suami dan bapa mereka. Penahanan tanpa bicara di bawah akta kejam ISA memisahkan para suami dan bapa dari keluarga mereka tanpa sebarang pembelaan. Isteri dan anak-anak ditinggalkan tertanya-tanya apakah sebenarnya kesalahan `besar’ suami dan bapa kesayangan mereka sehingga dipenjarakan bertahun-tahun lamanya. Tiada mahkamah yang mengadili mereka, tiada pembuktian ke atas tuduhan melulu yang dikenakan, tiada tempoh dan had masa hukuman yang ditetapkan – menjadikan keluarga tahanan ISA hilang punca dan ditinggalkan meraba-raba dalam kegelapan dan ketidakpastian.

Sampai bilakah negara Malaysia yang tercinta ini harus mempunyai satu akta yang sama sekali tidak adil, kuno dan tidak bertepatan dengan  ciri-ciri ketamadunan yang boleh dibanggakan?

Yakinlah, semua rakyat Malaysia boleh terus hidup aman sejahtera tanpa belenggu akta kejam ISA. Untuk masa depan yang lebih sempurna, mansuhkan akta ISA segera!

Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj

Ketua Wanita JIM Pusat

Advertisements
Posted in Uncategorized. Leave a Comment »

Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA

Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA

Jamaah Islah Malaysia, JIM, berpandangan perhimpunan aman Mansuhkan ISA pada 1 Ogos berjaya menarik perhatian masyarakat Malaysia dan antarabangsa tentang Akta Keselamatan dalam Negeri 1960 yang zalim. Ia masih segar dibincangkan dalam media dan di kalangan masyarakat hingga ke hari ini. Tindakan susulan polis serta kes mahkamah yang akan berjalan akan memastikan ingatan masyarakat sentiasa segar tentang kezaliman akta ini.

ISA ini zalim kerana:

1. tidak memberi hak bela diri di mahkamah bebas (no judicial review),

2. tempoh penahanan tanpa had, dan

3. tidak berasaskan pembuktian

Akta ini, walaupun asalnya untuk menangani kebangkitan bersenjata, telah disalahgunakan untuk tujuan politik seperti dalam penahanan DS Anwar Ibrahim, Teresa Kok, Dato’ Ahmad Sebi, DS Zahid Hamidi, Dato’ Zambry, Ahmad Azam, YB Mohd Sabu, YB Saari Sungib dan ramai lagi. Tidak pelikkah, mereka yang dianggap pengancam keselamatan negara ini kini berada dalam pemerintahan negara?

Akta ini juga telah digunakan untuk tujuan yang pelik-pelik seperti penahanan mereka yang dituduh terlibat memalsukan kad pengenalan, mengklon telefon, melindungi pendatang tanpa izin dan memalsukan wang. Oleh kerana tuduhan seperti ini mudah dibuktikan untuk pendakwaan di mahkamah, penggunaannya menimbulkan keraguan tentang keselamatan siapa yang sebenarnya dilindungi.

Pihak kerajaan menyatakan bahawa banyak cara lain untuk mengusahakan pemansuhan ISA. Kerajaan juga katanya kini sedang mengkaji semula akta ini. Dalam masa yang sama kerajaan menyatakan ISA seperti yang sedia ada, disokong oleh majoriti masyarakat. Sebenarnya banyak usaha yang telah dijalankan oleh masyarakat madani, sejak Operasi Lalang, 1987 lagi. Operasi Dalil menyemarakkan usaha terpadu masyarakat madani melalui Gerakan Mansuhkan ISA. SUHAKAM membuat kajian yang menyeluruh dan memberi cadangan yang amat membina. Komuniti antarabangsa juga memberikan tekanan. Keputusan PRU12 yang lalu juga sepatutnya memberi iktibar kepada kerajaan. Memorandum sudah banyak dihantar. Isu ini juga telah ditimbulkan di Parlimen. Dua Dewan Undangan Negeri telah membuat ketetapan. Tun Abdullah pun telah menyatakan pandangan. Perhimpunan aman 1 Ogos 2009 merupakan satu lagi usaha.

Kerajaan sebenarnya tidak serius dan sengaja melambat-lambatkann ya. Walaupun YAB PM telah memaklumkan akan mengkaji akta ini, tidak dimaklumkan badan atau jawatankuasa mana yang dipilih untuk melakukannya. Dalam masa yang sama cadangan dari SUHAKAM sedang reput dalam simpanan kerajaan.


Perhimpunan 1 Ogos 2009 benar-benar aman. Tidak ada sekeping cermin tingkap pun yang pecah, yang dilaporkan setakat ini, melainkan cermin sebuah kereta yang pecah angkara terkena kelongsong gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis. Tidak ada kenderaan yang diterbalikkan. Tidak ada tayar yang dibakar di tengah-tengah jalan.

Hak untuk berhimpun dengan aman termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sebagai Kebebasan Asasi (Fundamental Liberties) dan disebut dalam Perkara 10 (1) (b): “semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata” (all citizens have the right to assemble peacefully and without arms).

Dalam negara yang bertamadun, polis membantu menjayakan perhimpunan aman. Pihak polis akan berkawal agar perhimpunan berjalan dalam keadaan baik dan teratur.Kawalan keselamatan dan pergerakan kenderaan diatur dengan baik.. Sekatan jalanraya di jalan-jalan masuk ke Pusat Bandaraya ada tidak perlu. Mengejar rakyat yang tidak bersenjata adalah tidak perlu. Mendera rakyat dengan tembakan pemedih mata dan simbahan air asid adalah tidak perlu dan keterlaluan.

Perdana Menteri menyalahkan perhimpunan rakyat sebagai punca kesesakan jalanraya sedangkan punca utama adalah sekatan-sekatan jalanraya oleh pihak polis. Jika pihak berkuasa boleh mengurus dengan baik lalulintas dan penutupan jalanraya semasa “Le Tour de Langkawi” dan pelbagai sambutan, mereka juga boleh berbuat demikian pada 1 Ogos 2009.

Tindakan susulan seperti mendakwa ibu bapa dan menuntut gantirugi dari panganjur akan memburukkan lagi imej kerajaan yang telah sedia tercemar dengan isu-isu lain. Jika kerugian penjaja sebanyak yang dihebahkan akhbar, ada baiknya Jabatan Hasil dalam Negeri memberi perhatian.

Zaid Kamaruddin

Presiden

Posted in Uncategorized. Leave a Comment »

JIM : Answering Jeff Ooi

Press Statement

4 Ogos 2009


Answering Jeff Ooi

YB Ooi Chuan Aun, Member of Parliament for Jelutong, better known as Jeff Ooi, is still campaigning to remove Mohd Razali Abdullah, a Penang Municipal Councillor from the OSC (One-Stop Centre) Committee.

Jeff Ooi had persistently cited Mohd Razali’s membership of Jamaah Islah Malaysia (JIM), an Islamic NGO, as the reason for calling for his removal. To Ooi, Mohd Razali’s membership of JIM put him in a conflict-of-interest situation, alleging that he will put the Islamic interest before the interest of the Pakatan Rakyat and the people.. We assert that the Islamic interest would also serve the good interest of the people. We are confident that his Islamic credentials and professional experience will make him better equipped for the assigned responsibility.

YB Ooi was also reported to have said that Mohd Razali’s appointment was a “dangerous precedent”, alluding to JIM’s vision of a Malaysia that fully implements the syariah. If YB Ooi had not noticed, living by the syariah (Islam) would be the shared aspiration of Muslims not only in Malaysia but all over the world. We are perplexed as to why an appointment of a person that is true to Islam be a dangerous precedent. Islam had been around for so long that surely, peoples’ recent misunderstandings and prejudices against it would not efface its nobility or its relevance to society. This is the same Islam that built a modern civilisation which had great influence on the West. This was the safe haven that welcomed the Jews from the terror of the Inquisition. It would not be beyond the common man to understand and appreciate its beauty.

JIM will continue to advocate for the understanding of Islam as Islam is. We prefer to present Islam as a choice, work on building an acceptance and consensus while leaving it to the people to make their choice. Contrary to Ooi’s assumption, we believe our position has a stronger claim according to the Malaysian Constitution than the secular position he seemed to be championing.

As a responsible NGO we stand for preserving peace, upholding law and order and justice for all. We will continue to campaign for human rights and dignity, good governance (transparency, accountability, efficiency) and for the empowerment of the individuals and communities through effective participation in the democratic process.

Mohd Razali was a PKR appointee to the OSC committee, appointed on the basis of his political association and not for his NGO affiliation. As this is an internal matter, we urge the Pakatan Rakyat and the Penang Government to look into the underlying reasons for this very public spat. However, we expect Mohd Razali to be judged by his performance.


Zaid Kamaruddin

President

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia

——————————————————————————————————————

>> the Star Online articles related to Mr Jeff Ooi’s accusation against JIM

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/2/nation/4440859&sec=nation

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/1/nation/4434861&sec=nation

Posted in Uncategorized. Leave a Comment »