Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri JIM Pahang

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Wanita Negeri (MPWN) JIM Pahang telah selamat diadakan di Dewan Bougainvilla, Taman Pertanian, Indera Mahkota pada 17 Oktober 2009.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh wakil Ketua Wanita JIM Pusat, Pn Fairuzzana Haneem Mohd Ali, Bendahari Wanita JIM Pusat 2007/2009.  Antara yang dapat dipetik dalam ucaptama beliau yang bertajuk “Ke Arah Penegakan Syariah : Kesediaan dan Persediaan”, Pn Fairuzzana menekankan pentingnya kita mematangkan diri dalam menangani isu-isu yang pelbagai. Kita juga perlu memahami bahawa syariah perlu ditegakkan secara keseluruhan dan bukan secara juz’iyyah/sebahagian sahaja.

 

Ketua Wanita JIM Pahang, Pn Siti Aishah Mahamad menyampaikan cenderahati kepada Pn Fairuzzana.

 

Majlis diteruskan dengan pembentangan Laporan Tahunan dan Pengesahan Laporan Kewangan bagi tahun berakhir 31/12/2008.  MPWN kali ini juga menyaksikan pemilihan barisan AJK Wanita JIM Pahang bagi sesi 2009/2011.  Barisan memperlihatkan gabungan AJK dari sesi lepas berganding bahu dengan beberapa ‘muka baru’ dari golongan belia.

Semoga Allah membantu usaha kita dalam dakwah di bumi Pahang ini.

“Aku hanya bertujuan untuk melakukan islah sedaya upayaku dan tiadalah aku beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali”

(Surah Hud : 88)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: