Hari Ihtifal Tadika Amal Mukmin

Tadika Amal Mukmin Sg Isap Damai dan Tadika Amal Mukmin Indera Mahkota telah berjaya mengadakan Hari Ihtifal pada 21 November 2009 di Dewan Taman Pertanian Indera Mahkota.  Majlis diserikan dengan kehadiran anak-anak bersama para ibu bapa, di samping beberapa persembahan khas anak-anak Tadika Amal.

 

(Pengetua Tadika Amal Mukmin, Pn Saadiah Abu Bakar)

Antara persembahan yang diadakan termasuk hafalan surah dari Juz Amma, bercerita serta nyanyian nasyid.

Acara kemuncak pada hari tersebut merupakan penyampaian sijil dan hadiah untuk semua pelajar terutama anak-anak berumur 6 tahun, yang bakal melangkah ke sekolah rendah pada tahun hadapan.

Tahniah kami ucapkan!

Advertisements