Seminar Kepimpinan Wanita JIM

GOMBAK, Sabtu, 3 April – AJK Wanita JIM Negeri Pahang telah dijemput untuk menghadiri Seminar Kepimpinan Wanita Siri 1 Wanita JIM Pusat di UIA, baru-baru ini.  Kehadiran seramai 40 orang termasuk JK Pusat Wanita JIM, wakil-wakil Wanita JIM Negeri termasuk Sarawak, dan juga peserta undangan dari WIRDA dan Haluanita.   Program ini dilaksanakan susulan sanggar kerja AJK Wanita JIM Pusat, yang mana bertujuan meningkatkan kefahaman tentang isu-isu wanita di kalangan pimpinan Wanita JIM sendiri. 

Sesi pertama adalah pembentangan ringkas oleh Dr. Zeenath Kautsar mengenai The Convention on the Elimination of Discrimination and all Forms of Violence Against Women (CEDAW) dan analisa kritikal terhadap CEDAW.  CEDAW yang banyak mengambil pendekatan LIBERAL telah meletakkan terlalu banyak kebebasan kepada manusia tanpa mengambilkira panduan agama, nilai-nilai kekeluargaan dan had sosial.

Apa yang menarik, Dr Zeenath menekankan tentang CEDAW sebagai alat penjajahan pemikiran cara hidup yang mampu menggugat aqidah, nilai hidup dan pegangan umat Islam pada hari ini.  Penjajahan kuasa-kuasa barat telah menjadikan umat Islam terbahagi kepada Muslim Nation-State di mana penjajah meninggalkan negara Islam hanya apabila mereka yakin bahawa pemimpin yang diberikan kuasa memerintah akan terus mengekalkan undang-undang barat serta tiada kekuatan mahupun kemahuan untuk melaksanakan perundangan Islam.

Wakil Wanita JIM Pahang bergambar bersama Dr Zeenath. Turut kelihatan, Ketua Wanita JIM Negeri Kelantan, Dr Hafidzah Mustakim

Sesi kedua disampaikan oleh Timbalan Ketua Wanita JIM Pusat, Hjh Roselainy Abdul Rahman yang pernah beberapa kali mewakili Wanita JIM ke Commission Status of Women di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Beliau menerangkan secara ringkas betapa perlunya golongan wanita yang mempunyai fikrah Islam mengambil peranan dalam penggubalan dan perlaksanaan Dasar Wanita Negara.  Dalam hal ini, semua golongan yang bersama-sama memperjuangkan hak-hak asasi wanita mengumpulkan kekuatan untuk menguatkan lagi suara wanita Islam samada di peringkat tanahair mahupun di peringkat antarabangsa.

Sesi petang disambung dengan Mesyuarat JK Pusat Wanita JIM dengan Ketua-ketua Wanita JIM Negeri. Mesyuarat bertujuan untuk berkongsi perkembangan terkini aktivisme dan rancangan di negeri masing-masing.

(disesuaikan dari Laporan Setiausaha Kehormat Wanita JIM Pusat, Pn Anfaal Saari)
Advertisements

Katibah : Da’wah Fardhiah

Kuantan, 26 Mac 2010 – Jawatankuasa Tarbiyyah Wanita JIM Negeri di bawah Ustazah Khadijah Abdullah telah mengadakan katibah untuk akhawat Wanita JIM bertempat di IM5 baru-baru ini. Tajuk pengisian utama yang dibentang adalah ‘Da’wah Fardhiah’ oleh Pak Ngah Suhaimi. 

Da’wah fardhiah adalah satu kewajipan kepada da’i ilalLah dalam melakukan amal maaruf nahi mungkar.  Dengan da’wah fardhiah, hubungan baik dibina agar dapat meruntuhkan kejahilan dan membina unsur-unsur kebaikan secara berperingkat dan berterusan.  Kejayaan dakwah bergantung kepada keberkesanan da’wah fardhiah dan keberkesanannya banyak bergantung kepada niat ikhlas kerana Allah dan kesungguhan para da’ie.

Peserta khusyuk mendengar kuliah dari Pak Ngah

Setelah solat subuh berjamaah, para peserta dihidangkan dengan slot kuliah subuh, Istiqamah oleh Timbalan Ketua Wanita JIM daerah Kuantan, Pn Nor Akhmar Mohamad.  Antara pesanan beliau untuk beristiqamah adalah selalu merujuk kepada ayat-ayat suci al-Quran untuk mengingatkan tentang tuntutan da’wah, berdamping dengan orang yang ikhlas dan beramal serta bersabar dalam menghadapi ujian di jalan da’wah.

Antara peserta yang hadir

Rundingan Umum Laporan SUHAKAM 2007 & 2008

Kuantan, 14 Mac – JIM Pahang telah dijemput ke Majlis Rundingan Umum Kebangsaan mengenai Laporan Tahunan SUHAKAM pada 14 Mac yang lepas di Hotel Grand Continental, Kuantan.  Majlis ini yang dianjurkan oleh Pendidikan dan Penyelidikan Untuk Pengguna-pengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia) telah dihadiri oleh Presidennya, Datuk Marimuthu Nadison.  JIM diwakili oleh En Mohd Azam Salleh, Setiausaha JIM Negeri Pahang dan Pn Nur Hafizah Hassan, Ketua Wanita JIM Negeri Pahang.

Majlis tersebut juga dihadiri oleh Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam bagi mendapat maklumbalas ahli panel dan para peserta mengenai laporan-laporan Suhakam yang telah dikeluarkan bagi tahun 2007 dan 2008 tersebut.

Sidang pembentangan kertas kerja dipengerusikan oleh Pn Nora Murat, dari Amnesty International Malaysia.  Antara ahli panel yang membentangkan kertas kerja pada kali ini ialah Pn Haslinah Yaacob (AWAM), Dr Shamrahayu Ab Aziz (UIA), En Jerald Joseph (KOMAS), En Andrew Khoo (Bar Council) dan En Faisal Mustaffa (REFSA).

Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa masyarakat Malaysia perlu mempunyai kefahaman mengenai hak mereka sebagai rakyat Malaysia; agar kita mampu untuk bangun mempertahankannya.  Kerajaan yang memimpin negara pula seharusnya berusaha bersungguh-sungguh menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah dan bersedia pula menerima teguran agar mereka dapat bekerja dengan lebih baik untuk rakyat.

Kemajuan sebenar bukan sahaja dinilai dari segi material dan pembangunan infrastruktur, malah kemajuan perlu dari segi perlaksanaan hak-hak asasi rakyat, ketinggian nilai dan etika hidup, keterbukaan rakyat dan pemimpin dalam menangani isu-isu semasa, keadilan dan ketelusan dalam proses pemilihan kerajaan dan kehakiman, kesensitifan terhadap isu-isu golongan minoriti, serta kebersamaan dalam memperjuangkan isu-isu moral yang semakin meruncing.

Bagi isu wanita, beberapa petunjuk statistik telah dibentangkan untuk membandingkan kemajuan wanita di beberapa negara termasuklah kadar wanita yang bekerja di luar rumah.  Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam, kita memerlukan kayu ukur dari kaca mata Islam.  Jika jumlah wanita yang tidak keluar bekerja dijadikan ukuran, ia tidak seharusnya melambangkan wanita itu mundur, kerana ia melibatkan faktor pilihan individu.  Berapa ramai wanita di negara maju yang memilih untuk tidak bekerja dan gembira menjadi ‘Stay at Home Mothers’ (SAHM).  Malah, kurangnya wanita yang perlu bekerja, mungkin melambangkan keadaan ekonomi yang berjaya di mana pendapatan suami bekerja sudah cukup untuk menampung kehidupan keluarga.  Mungkin kerana kos hidup negara kita sudah semakin tinggi, atau gaji dibayar terlalu rendah, maka wanita kita sebenarnya terpaksa keluar bekerja.

Selesai forum, kami menyedari bahawa dengan membelakangkan perbezaan yang sedikit antara kita, sebenarnya kita mampu menyelesaikan masalah yang lebih besar dan serius yang sedikit demi sedikit sedang menghakis sendi dan kekuatan negara tercinta kita ini.  Masalah seperti ketidakadilan, penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi perlu diambil berat oleh semua pihak tidak kira bangsa dan agama.

Kita juga perlu lebih banyak menambah ilmu supaya perbincangan yang kita lakukan lebih bersifat fakta dari emosi.  Oleh kerana forum tersebut julung-julung kali diadakan di Pantai Timur, JIM Pahang mengalu-alukan sebarang perbincangan seperti ini terus diadakan agar dapat sama-sama kita mencari penyelesaian dan meningkatkan kesedaran tentang hak-hak asasi masyarakat di Pahang khususnya.  Mana-mana pemerintah mungkin tidak mempunyai kepentingan untuk meninggikan kesedaran hak-hak asasi di kalangan rakyatnya, maka NGO, para akademik, institusi-institusi serta individu-individu yang berupaya mesti berperanan untuk melaksanakan tanggungjawab ini.

Riadah Keluarga JIM

KUANTAN, 10 Jan – Ahli-ahli JIM Kuantan bertemu lagi dalam riadah keluarga di Taman Bandar pada pagi hari Ahad, 10 Januari 2010.  Pertemuan dalam suasana ukhuwwah melibatkan para ibu bapa, anak-anak kecil dan remaja serta warga belia di sekitar Kuantan. 

Program ini diserikan dengan aktiviti riadah dan jamuan sarapan pagi secara ‘pot luck’.  YDP JIM Kuantan, Tn Hj MOhd Husni Abd Shukor mengalu-alukan kedatangan semua ahli dan keluarga JIM pada pagi itu.  Acara diteruskan dengan permainan anak-anak Tunas Islah.  Terima kasih kepada AJK Tunas Islah yang telah menyediakan pelbagai permainan dan hadiah buat anak-anak kita.

Kudos kepada AJK Remaja yang telah mengadakan Eksplorace khas buat Remaja! Eksplorace Remaja telah bermula tepat jam 8.30 pagi! Terima kasih kepada adik-adik fasilitator yang sudi hadir membantu dan begitu sporting dengan para remaja kita.

Istimewa kali ini, terdapat perkongsian pengalaman saudara baru, Ita yang baru 6 bulan mengucapkan syahadah.
Walaupun ringkas, apa yang dikongsi beliau amat menyentuh hati mereka yang mendengar.  Bagaimana beliau cuba memenangi hati ayah dan ibu agar dapat menerima pendiriannya ingin memeluk agama Islam.  Hidayah yang diberi Allah tentunya nikmat yang paling berharga dalam hidup kita.  Marilah kita sentiasa berusaha memperbaiki diri kita dan sentiasa mengajak rakan-rakan kita supaya mengamalkan Islam dalam ertikata yang sebenar.

Program santai ini berakhir pada jam 11.30 pagi.  Insya Allah, nantikan program riadah yang akan dijalankan secara berkala ini!

Program Tautan Ukhuwwah Belia

Alhamdulillah, baru-baru ini Biro Belia WJIM Pahang bersama-sama dengan Biro Rekreasi Wanita JIM Kuantan telah berjaya mengadakan program Tautan Ukhuwwah khusus untuk semua ahli belia Wanita JIM di daerah Kuantan, Pahang.

 

Acara dimulakan dengan perlawanan persahabatan bola jaring inter-usrah.  Program kemudiannya berhenti rehat untuk sarapan dan taaruf dalam suasana yang penuh mesra.  Ada yang baru pertama kali datang program JIM dan ada yang datang dari Kuala Lumpur!  🙂

Pelbagai juadah dikongsi bersama.  Masing-masing turut melontar idea, mencadangkan aktiviti-aktiviti susulan untuk belia selepas ini. 

Tahniah kepada Pn Zuhailah, Cik Juwairiah, Cik Najibah, Cik Azura, Pn Mariam dan semua yang terlibat dan hadir dalam menjayakan program ini.  Semoga ukhuwwah yang terbina ini semakin mengukuhkan saf srikandi Islam dan menjadi amal meraih keredhaan dariNya.  Alhamdulillah, begitulah besarnya nikmat persahabatan apabila kita hadir bertemu kerana Allah, dan berpisah jua keranaNya.

Keindahan BersamaMu (KBM) SMK Tg Lumpur

Satu lagi program motivasi JIM yang istimewa, Keindahan BersamaMu (KBM) telah diadakan di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang pada 21 dan 22 November 2009 bertempat di Kem Desa Cempaka, Pantai Sepat, Kuantan. 

Jam 7.30 pagi pendaftaran dibuka kepada peserta program yang terdiri daripada adik-adik tingkatan 1,2, dan 4. Seramai 55 peserta perempuan telah mendaftarkan diri.

Bertambah lagi cabaran KBM pada kali ini memandangkan hujan turun tidak henti-henti sepanjang program berlangsung. Tambahan, pogram dijalankan di dalam dewan terbuka – memperlihatkan pemandangan Pantai Cempaka. Memang sejuk. Satu cabaran buat barisan fasi bagaimana hendak menarik minat adik2 supaya tidak lena dlm tidur walau mata terbuka dek hujan yg turun. Pengisian program dimulakan dengan taklimat program pada jam 8.30 pagi. Sesi diteruskan dengan ta’aruf slot dalam versi knowing me-knowing you.

2 orang ikhwah – Abg Chik & Abg Hafiz memainkan peranan sebagai pengerusi, handle ice breaking.

Slot petang selepas Zohor diteruskan dengan INTEAM. Sesi ini merungkai sejarah persahabatan di antara peserta sama ada suka mahupun duka. Alhamdulillah…respons peserta amat baik. Seperkara yang amat menyentuh hati bilamana ada di antara peserta yang melafazkan kata maaf bukan sahaja kepada rakan-rakan lain malah turut melafazkan kata maaf kepada ustazah Faizah (Urusetia Sek) yg telah bertungkus lumus untuk menjayakan program dari sebelum program berlangsung lagi. Dek seorang adik menyerbu ustazah untuk bersalam memohon ampun dan maaf, datang pula yg lain beramai2 (semua sekali) menyerbu ke arah ustzh memhon ampun dan maaf. Alhamdulillah… Pada sesi petang sehingga maghrib, program lebih berbentuk santai – aktiviti dalam kumpulan…tiada pengisian yang berat-berat. Just buat game yg dikendalikan Ukhti Aju, Ukhti Mira & Ukhti Mimi, Peserta pun happy jer…tak tahu apa yang akan bakal berlaku di malam hari nanti…

Slot Meniti Angin Malam pun tiba. Simulasi ini menyingkap peranan adik2 terhadap ibu ayah. Muhasabah ini pada mulanya santai dan berdikit-dikit menuju kepada perkara yg lebih serius. Adik2 disedarkan ttg dosa2 mereka kpd ibu ayah. Adik2 diingatkan ttg kejadian manusia, asal kejadian, kejadian alam semesta, ceritakan ttg tanggungjawab sebagai anak, ingat jasa mak ayah. Pengisian ni diselang seli dengan gambar, video klip sehingga satu tahap penyampaian pengisian pada malam tu, para peserta semakin serius dan mula rasa insaf ttg kehidupan kita di dunia.

22 November 2009 Aktiviti ‘AKu… Kini & Hijrah’ menyingkap semula tirai meniti angin malam. Adik2 ditempatkan di dewan Amansari Resort (dewan disewa sementara)-bersebelahan Kem Desa Cempaka. Bertungkus-lumus lar fasi pd awal pg berulang-alik membawa adik2 ke resort sblh dgn kereta masing2 dlm keadaan hujan (lebat jugaklah)…disebabkan Kem Desa Cempaka hanya mempunyai sebuah dewan sahaja. Ibu bapa pula ditempatkan di dewan Kem Desa Cempaka.

Akhi Sufian mengambil tugas mengendalikan sesi bersama ibu bapa peserta yang hadir; yang begitu prihatin dengan anak2 masing (Bertuah adik2 nie). Ramai ibu bapa yang hadir. Ibu bapa ditayangkan dengan video program (yg menyaksikan video-apa yg anak2 mereka telah lalui sepanjang program). Ibu bapa turut disedarkan dan dimotivasikan serta turut melalui sedkit simulasi sehingga mengalir air mata kasih sayang dan keinsafan perihal diri dgn anak masing2. Sesi akhir, jam 12 tengahari ibu bapa ditemukan dgn anak masing2. Sayu. Surat berbalas surat. Segala kasih sayang yang terbuku & terpateri di hati di antara ibu ayah dan anak diluah dengan sepenuh hati. Memang touching sehingga semua yang ada di dalam program ini yang tersentuh hati hingga mengalir air mata keinsafan.

Akhir kalam… misi berjaya & objektif program tercapai. Barisan fasi sungguh berpuas hati dengan apa yg telah dilakukan biarpun keletihan yang tidak terkata. Tiada apa yang didambakan kecuali perubahan positif dan kejayaan adk2 di dalam kehidupan. Sejuk hati melihat adk2 di hari akhir program ini… Akhirulkalam… tahniah kepada semua! Istiqamah dgn perjuangan kita. Semoga beroleh keberkatan… =)

Ucapan terima kasih kepada mereka yang terlibat iaitu : Team Melaka – Abg Lang, Abg Chik dan Abg Hafiz. Team Terengganu (Akhi Sufian & isteri, Team Pahang – Abg Irfan, Akhi Faizal, Akhi Nawwar, Akhi Muhazar, Dr. Puteri Melor, Ukhti Hazlin, Ukhti Hamnah, Ukhti Najibah, Ukhti Mariam, Ukhti Marzita, Ukhti Zulaiha, Ukhti Aju, Ukhti Syafarah, Ukhti Dianaty, Ukhti Aliya, Ukhti Aimi Suhaili, bekas peserta KBM SMK Sg.Isap – Ukhti Mira, Ukhti Mimi, Ukhti Ain, Ukhti Syahirah dan sokongan adik2 IPT yang lain.

p/s: Membina bangunan & meratakan gunung lebih mudah berbanding membina sahsiah dan modal insan.

Norhazlin Bahoraji (NB)
AJK Remaja JIM Pahang

Jamuan Hari Raya JIM Pahang

JIM Pahang telah mengadakan Jamuan Raya pada 17 Oktober 2009 di laman Taman Pertanian Indera Mahkota pada jam 2.00 petang.  Beberapa NGO juga telah dijemput hadir termasuk HALUAN, ISMA, MACMA dan ABIM. 

Majlis yang sederhana ini juga telah dihadiri oleh ahli-ahli JIM serta wakil dari Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) Pahang.

(YDP JIM Kuantan, Tn Hj Mohd Husni Abd Shukor beramah mesra dengan tetamu yang hadir)

Pelbagai juadah disediakan bagi menjamu semua tetamu yang hadir termasuklah nasi dagang, mee sup, lontong serta kuih muih. 

Adalah diharapkan agar majlis yang sederhana tetapi meriah ini dapat merapatkan silaturrahim antara ahli JIM serta dapat mengukuhkan hubungan antara gerakan Islam yang bergiat di Pahang.