Pengumuman : Kem Anak Cemerlang

Kem Anak Cemerlang

“Ke Arah Membentuk Generasi Soleh Cemerlang”

Tarikh : 4 –5 Julai 2009
Tempat : Tapak Perkhemahan Balok
Peserta : 7 – 15 tahun
Terbuka untuk semua!

Anjuran : Tadika Amal Mukmin dengan kerjasama Kelab Aulad JIM
Sila Hubungi : Pn Sa’adiah 013-9833977

Objektif :

  • Memberi kesedaran tentang perlunya mempunyai keperibadian cemerlang
  • Menjadikan mereka anak yang taat kepada suruhan Allah s.w.t
  • Menanam rasa cinta yang mendalam & menghargai pengorbanan ibu bapa.
  • Mengeratkan silaturrahim di antara peserta

Tentatif Program

4 Julai 2009
11.0 Pagi      Berkumpul di Tapak Perkhemahan Balok
11.30             Pendaftaran / taklimat /ta’aruf
12.30             Makan / Solat Zohor berjemaah
2.00 ptg        Kuliah
3.00                Bengkel
4.30                Solat ‘Asar berjemaah / minum
5.15                 Permainan
6.30                 Kemas diri / makan malam
7.0 mlm         Solat & Kuliah Maghrib / Solat Isya’
9.00                 Kuliah 2
10.30               Minum malam / tidur

5 Julai 2009
5.00pagi     Qiamullail (remaja)
5.45              Solat berjemaah & kuliah Subuh
7.00             Riadhah
8.00              Kemas diri / sarapan
8.30              Aktiviti dalam kumpulan
9.30              Resolusi/ penyampaian cenderahati
10.00           Bersurai

Yuran : RM 30.00 seorang / RM 55.00 dua beradik
Bayaran Termasuk : – penginapan, makan/minum, nota kursus

Barangan Keperluan:
1. Pakaian sukan ( lengan panjang bagi perempuan )
2. Kasut sukan
3. ‘Sleeping bag’
4.  Pakaian solat & kupiah ( lelaki )
5. Alat-alat keperluan peribadi

Berbudi Pada Tanah

Tunas Islah bertemu lagi!

Pada pagi Ahad, 26/4/2009, satu program Tunas Islah diadakan di Tadika Amal Sg Isap Damai.  Kali ini, anak-anak Tunas Islah datang program siap dengan pasu bunga, sudip, anak pokok / biji benih.  ada yang bawa cangkul dan tanah! 

mix-062

Mak cik Fatin memberi sedikit tazkirah tentang kebaikan bercucuk tanam – bukan sahaja kita mendapat hasil dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita tanam, malah kita juga mendapat persekitaran yang cantik, tubuh badan yang sihat serta udara yang segar setiap hari melalui oksigen yang dikeluarkan oleh fauna ciptaan Allah s.w.t. ini.

mix-063

Pesan Nabi Muhammad s.a.w dalam sepotong hadith yang maksudnya : jika kita mempunyai benih di tangan sedang tanda / bunyi kiamat tiba, maka kita harus menanam benih itu…! Bukankah ini bermakna ar-Rasul memandang mulia perbuatan menanam tanaman  hingga ke saat genting juga disarankan berbuat demikian?

mix-065

memang best program kali ini…walaupun sekejap, tapi terasa penatnya!
Terima kasih kepada Mak Cik Ju yang menjadi sifu menanam pokok.  Masing-masing cemburu mendengar Mak Cik Ju tanam sawi, jagung, kacang panjang, bendi dan macam-macam lagi di rumahnya! Untung ya Hakim, Hanif, Syifa dan Huda 🙂

Terima kasih juga kepada Mak Cik Jah, Mak Cik Na dan Mak Cik Fatin yang berada tepat jam 9.00 pagi, menjadi tulang belakang program hinggalah ke penghujungnya.  Sedap mee hoon K. Jah!! Juga kepada tuan punya tadika, Mak Cik Saadiah yang sempat singgah walaupun dalam kesibukan beliau! Terima kasih pada Mak Cik Sam, banyak bawa makanan untuk kita!

Kepada anak-anak semua, insya Allah – kita jumpa lagi dalam program akan datang!
Jangan lupa siram dan baja pokok anak-anak tu ya? 🙂

Lawatan Tunas Islah ke Perpustakaan Desa

mix-0071

Seronoknya program kali ini! Anak-anak Tunas Islah melawat perpustakaan desa di Surau al-Muhajirin, IM 5. Banyak buku-buku di situ. Ramailah anak-anak Tunas Islah dah mendaftar jadi ahli Perpustakaan. Kakak-kakak pustakawan, K. Jun dan K. Faridah telah memberikan sedikit sebanyak penerangan tentang Perpustakaan yang comel ini dan peri pentingnya minat membaca dalam kehidupan kita.  Juga diadakan pertandingan mewarna – terbahagi kepada pelajar tahap 1 dan 2.  

mix-010

Semua anak-anak Tunas Islah dapat hadiah dalam pertandingan mewarna kali ini!

 mix-0171

mix-0291

mix-032

Semoga lawatan kali ini menambah minat anak-anak untuk membaca dan menambah pengetahuan melalui buku-buku samada buku-buku fakta atau fiksyen serta pelbagai bahan bacaan yang terdapat di sekeliling kita.  Pastikan anak-anak tidak membuang masa dengan bermain ‘games’ atau menonton televisyen semata-mata.  Apakata ajak ibu bapa ke perpustakaan ini? Isilah masa kita yang berharga dengan membaca. 😉

Riadhah di Teluk Chempedak

Teluk Cempedak, Kuantan – Alhamdulillah, program yg dinanti ini telah berjaya diadakan dengan kehadiran yang menggalakkan. Kita bermula dengan taaruf, senaman dan games yang dikelolakan oleh Pn Khatijah. Memang best main/menjaga belon dari dipecahkan dan bertukar-tukar kasut dengan kawan-kawan!

Jazakumullahu khairan katheera Pn Khatijah, Pn Che Ku Norazlina dan semua ibu yang telah banyak membantu membuat persediaan awal. Tak lupa juga kepada Ketua Wanita Negeri, Pn Siti Aishah, YDP JIM Pahang akh Samsuddin, k. Asiah & K. Melati atas kehadiran dan sokongan moral. 

Kepada K. Akhmar dengan mihun yang sedap. Pn. Ziayah yang menyampaikan hadiah kepada adik-adik Tunas Islah dan teristimewa juga untuk sis Aishah atas tazkeerah kepada anak-anak Tunas Islah.  Antaranya peringatan agar cuba menjadi rakan yang baik dan sentiasa membantu kawan agar juga menjadi orang yang baik…Terima kasih kepada adik-adik yang hadir sebagai fasilitator. Semoga Allah membalas kalian dengan sebaik-baik ganjaran.  

FixHTML